Tuesday, May 12, 2020

Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Tujuan saya membina blog ini untuk menceritakan pengalaman saya di Sunway Lagoon bersama dua orang rakan karib saya iaitu Adriana Izzaty dan Jazmeen Amani.

Sebelum itu,lokasi Sunway Lagoon ini berada di Petaling Jaya tetapi sahabat saya iaitu Izzaty datang dari Johor Bharu untuk meluangkan masa bersama kami. Selain daripada itu juga,sudah lama saya ingin merasai pengalaman di Sunway Lagoon. Alhamdulillah,hasrat saya tercapai jua akhirnya. Sebelum saya menceritakan pengalaman saya,terlebih dahulu saya ingin berkongsi beberapa gambar yang diambil oleh Jazmeen sewaktu sampai di Sunway Lagoon.


Selepas gambar tiket itu diambil,perasaan saya begitu lain daripada yang lain kerana saya sangat teruja kerana inilah pertama kalinya saya dapat tiba di sini malah saya dapat meluangkan masa bersama sahabat saya. Seterusnya,saya dan Jazmeen meneruskan perjalanan kami dengan memakai tiket tersebut dan masuk ke dalam taman tema dengan gembira sekali. Perkara pertama yang kami lihat semasa memasuki taman tema tersebut ialah taman tema air. Besar sekali taman tema air itu. Hati saya semakin berkobar-kobar ingin memasuki ke dalam taman tema air tersebut.



Kelihatan gambar tersebut menunjukkan saya begitu gembira sekali. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil rakaman video selain daripada mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Kemudian,kami teruskan berada di dalam taman tema air sehingga kami puas. Setelah kami puas berada di dalam air,seterusnya kami pergi destinasi yang lain iaitu zoo haiwan. Terdapat pelbagai haiwan yang ada di sana. Antaranya ialah burung, harimau,singa dan banyak lagi. Semua haiwan tersebut comel dan jinak belaka.

Itulah antara gambar haiwan yang ada di sana iaitu harimau. Banyak lagi haiwan yang dapat saya lihat tetapi sayang saya tidak sempat untuk mengambil gambar kesemua haiwan tersebut.


Sebelum saya terlupa untuk menceritakan mengenai gambar yang di atas ini,lebih baik saya ceritakannys sekarang. Gambar ini diambil semasa kami ingin ke zoo haiwan. Tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan gambar yang menarik ketika diambil kerana lihatlah pemandangan yang indah itu. Ramai pelancong yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar disini. Saya juga mensarankan kepada pembaca yang membaca blog ini tidak melepaskan peluang juga.

Adakah selepas kalian melihat gambar ini kalian tahu betapa gementarnya saya dan takut untuk menaiki kapal tersebut. Tanpa kalian sangka,kapal itu boleh berpusing sebanyak 360 darjah. Apakah perasaan kalian? Saya dan rakan-rakan saya cuma mampu menaikinya sekali sahajw. Jika kita hanya melihat dan tidak ingin mencuba sesuatu yang agak mengerikan tidak akan menjadi sebuah pengalaman buat diri kita semua. Selepas menaiki kapal tersebut kami berasa lega sekali.

Inilah lokasi terakhir yang saya ingin kongsikan bersama anda semua iaitu tempat masuk panggung wayang 5D. Dalam gambar ini saya hanya bersama Izzaty sahaja kerana Jazmeen sudah pulang ke rumahnya. Sedih sekali. Tetapi,kami hanya meneruskan sahaja walaupun tiada Jazmeen pada waktu ini. Sampai sini yang saya dapat kongsikan bersama anda.

Akhir sekali,melalui penulisan blog ini saya dapat melestarikan kebudayaan di sini untuk memberi kesan yang mendalam kepada para pembaca. Sebagai contoh,tempat pemandangan yang cantik dapat menarik minat pelancong untuk mengambil gambar kerana pemandangan di Sunway Lagoon tidak didapati di tempat lain.

58 comments:

  1. Wah menarik betul !! Teruja saya membaca blog anda ini. Saya berharap saya juga dapat ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Alya Nur Sabrina ,selepas membaca blog anda saya berasa amat gembira dan teruja untuk melawat Sunway Lagoon itu.Saya harap satu hari nanti saya akan dapat melawat tempat itu.

    ReplyDelete
  4. Saya berasa teruja membaca Blog Travelog anda. Aktiviti seperti berkunjung ke Sunway Lagoon merupakan salah satu aktiviti yang menarik. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke tempat menarik tersebut.

    ReplyDelete
  5. Isi kandungan yang menarik dan blog yang kreatif.

    ReplyDelete
  6. wah perkongsian yang menarik. Cantik sungguh wanita-wanita didalam gambar itu :p Gambar serta penerangan yang jelas. Terima kasih diatas perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. Sungguh menarik dan menceriakan hari saya!

    ReplyDelete
  8. Perkongsian oleh saudari Alya amat menarik🤩

    ReplyDelete
  9. pwngalaman yang menarik.Penulisan yang mantap.Saya juga berharap untuk ke sana suatu hari.

    ReplyDelete
  10. Sedar tak sedar, saudari Sabrina telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!

    ReplyDelete
  11. Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !

    ReplyDelete
  12. wahh seronoknya kamu pergi sunway lagoon!saya pun duduk rumah je yela kan musim covid-19 nii(sedangkan ini berlaku tahun lepas)Saya ingin mengucapkan syabas kepada anda kerana anda telah berjaya menghasilkan sebuah blog yang begitu menarik sekali.Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri(ye saya tahu masih awal tapi takpee awal-awal pun okayy)sekian daripada saya trima kasih.

    ReplyDelete
  13. wah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga!Gambar dan penulisan juga sangat terperinci.

    ReplyDelete
  14. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang jelas serta gambar-gambar yang dimasukkan menggambarkan suasana di sana. Terima kasih atas perkongsian anda! ✨

    ReplyDelete
  16. Blog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya. ianya menunjukkan keindahan disana. Menggunakan bahasa yang sungguh dramatis.

    ReplyDelete
  17. Wah! Menariknya percutian anda bersama rakan-rakan. Ini semestinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambah pula dapat melihat wayang 5D yang jarang sekali dilihat.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Wah! seronoknya dapat pergi bercuti bersama rakan-rakan.Saya sangat kagum membaca blog awak.Tahniah awak telah mebuat saya jatuh cinta dengan blog awak.<3

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Blog yang cukup menarik dan kreatif. Saya seronok sekali membaca blog kamu . Terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  22. Penulisan yang gramatis besertakan gambar yang menarik. Saya berharap agar dapat pergi ke tempat ini sebagai destinasi percutian akan datang.

    ReplyDelete
  23. Wah, seronoknya dapat bercuti dengan kawan! Penulisan blog juga mantap dan menarik!

    ReplyDelete
  24. Sejujurnya, saya sudah lama mengidamkan lawatan bersama rakan.Mesti seronok bukan. Kalau diberi peluang saya ingin membuat lawatan bersama rakan.Terima kasih dan Tahniah!!

    ReplyDelete
  25. Wah! Manis sekali pengalaman percutian anda bersama rakan karib di Sunway Lagoon. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩

    ReplyDelete
  26. Blog yang dihasilkan oleh Alya adalah biasa, namun isi kandungannya menunjukkan bertapa seronoknya meluangkan masa di sana.

    ReplyDelete
  27. Wah,menarik sungguh blog yg kamu hasilkan ni. Info dan pengguaan gaya penulisan juga amat menarik.

    ReplyDelete
  28. Wah, blog awak sangat menarik! Saya juga berharap dapat ke Sunway Lagoon bersama keluarga pada waktu cuti persekolahan akan datang. Terima kasih atas perkongsian anda!

    ReplyDelete
  29. Wah, menarik sungguh percutian kamu bersama rakan - rakan. Gaya penulisan yang santai tetapi tetap menarik perhatian pembaca untuk membaca blog ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penulis!

    ReplyDelete
  30. Menarik sungguh blog saudari , teruja saya membacanya .Tentu seronok sekali dapat bercuti bersama rakan-rakan, bukan sahaja gambar yang dikongsikan jelas malah maklumatnya juga terperinci. Terima kasih di atas perkongsian saudari.

    ReplyDelete
  31. Wah!Sangat menarik pecutian saudari bersama rakan-rakan.Penulisan saudari juga sangat jelas dan mudah difahami.Gambar saudari juga sangatlah cantik dan terperinci.Teruja saya membacanya.Terima kasih atas perkongsian saudari.:)

    ReplyDelete
  32. Penulisan blog saudari Alya amat menarik! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Wah! Sangat seronok percutian saudari . Tentu seronok dapat pergi meluangkan masa bersama rakan rakan di tempat yang seronok.

    ReplyDelete
  35. Wah, saya amat suka dengan blog ini. Suatu hari nanti saya akan pergi ke sana bersama rakan-rakan mahupun keluarga saya.

    ReplyDelete
  36. Wah gembira saya melihat saudari melawat tempat tersebut bersama rakan rakan saudari. Saya juga ingin pergi ke sana bersama keluarga pada satu hari.

    ReplyDelete
  37. Sejujurnya, blog saudari telah memikat hati saya. Saya sangat suka akan cara saudari menggambarkan pengembaraan saudari dengan penuh terperinci dan jelas. Sesungguhnya saudari mempunyai bakat di dalam bidang ini! Terima kasih saudari!

    ReplyDelete
  38. Wah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
  39. Wah terujanya saya membaca blog saudari Sabrina! Saya sangat kagum dengan cara penulisan saudari yang membuatkan saya ingin kesana sekarang juga.

    ReplyDelete
  40. Blog kamu sangat menjadi perhatian saya. Sangat padat dan menarik. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  41. Wah gembira saya melihat saudari melawat tempat tersebut bersama rakan rakan saudari. Saya juga ingin pergi ke sana bersama keluarga pada satu hari

    ReplyDelete
  42. Penulisan blog saudari sungguh menunjukkan betapa gembiranya saudari dan rakan-rakan bermain di tema air.Susunan ayat yang gramatis juga turut membuatkan saya ingin membaca penulisan saudari sehingga habis.Terima kasih ya!

    ReplyDelete
  43. Blog yang cukup menarik dan kreatif. Saya seronok sekali membaca blog kamu . Terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  44. Terima kasih atas perkongsian tempat perlancongan yang sangat menarik.Saya bercadang untuk ke sana pada cuti akhir tahun ini.

    ReplyDelete
  45. Perkongsian yang amat menarik.Saya sangat berminat untuk pergi ke sana.Saya berharap agar dapat ke sana juga pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  46. Wah! Menariknya blog ini. Sunway lagoon merupakan tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan. Semoga maju jaya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

    ReplyDelete
  47. Wah, menariknya tempat yang awak kunjungi! Tentu awak seronok dapat bercuti bersama rakan-rakan.

    ReplyDelete
  48. Wah! Saya tidak sangka percutian ke Sunway Lagoon boleh menjadi begitu menarik. Penulisan dan gambar anda membuatkan ramai pembaca tertarik dengan tempat itu. Syabas!

    ReplyDelete
  49. Wah sungguh pengalaman awak dalam menghabiskan cuti sekolah sangat menarik! Saya berasa kagum dengan blog anda kerana awak bijak dalam menceritakan pengalaman seterusnya membuatkan para pembaca mudah memahami cerita awak

    ReplyDelete
  50. Pengalaman awak bersama sama kawan kawan awak sangat menarik dan penulisan blog awak juga saya pasti akan dapat menarik minat ramai orang untuk membaca.

    ReplyDelete
  51. Seronoknya!Saya juga teringin untuk bercuti bersama rakan-rakan.Saya berharap agar saya juga berpeluang merasai pengalaman sebegini.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Wah menarik betul! Teruja saya membaca blog anda ini. Saya berharap saya juga dapat ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. Terima kasih atas perkongsian tempat perlancongan yang sangat menarik.Saya bercadang untuk ke sana pada cuti akhir tahun ini bersama rakan saya.

    ReplyDelete