Tuesday, May 12, 2020

Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Tujuan saya membina blog ini untuk menceritakan pengalaman saya di Sunway Lagoon bersama dua orang rakan karib saya iaitu Adriana Izzaty dan Jazmeen Amani.

Sebelum itu,lokasi Sunway Lagoon ini berada di Petaling Jaya tetapi sahabat saya iaitu Izzaty datang dari Johor Bharu untuk meluangkan masa bersama kami. Selain daripada itu juga,sudah lama saya ingin merasai pengalaman di Sunway Lagoon. Alhamdulillah,hasrat saya tercapai jua akhirnya. Sebelum saya menceritakan pengalaman saya,terlebih dahulu saya ingin berkongsi beberapa gambar yang diambil oleh Jazmeen sewaktu sampai di Sunway Lagoon.


Selepas gambar tiket itu diambil,perasaan saya begitu lain daripada yang lain kerana saya sangat teruja kerana inilah pertama kalinya saya dapat tiba di sini malah saya dapat meluangkan masa bersama sahabat saya. Seterusnya,saya dan Jazmeen meneruskan perjalanan kami dengan memakai tiket tersebut dan masuk ke dalam taman tema dengan gembira sekali. Perkara pertama yang kami lihat semasa memasuki taman tema tersebut ialah taman tema air. Besar sekali taman tema air itu. Hati saya semakin berkobar-kobar ingin memasuki ke dalam taman tema air tersebut.



Kelihatan gambar tersebut menunjukkan saya begitu gembira sekali. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil rakaman video selain daripada mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Kemudian,kami teruskan berada di dalam taman tema air sehingga kami puas. Setelah kami puas berada di dalam air,seterusnya kami pergi destinasi yang lain iaitu zoo haiwan. Terdapat pelbagai haiwan yang ada di sana. Antaranya ialah burung, harimau,singa dan banyak lagi. Semua haiwan tersebut comel dan jinak belaka.

Itulah antara gambar haiwan yang ada di sana iaitu harimau. Banyak lagi haiwan yang dapat saya lihat tetapi sayang saya tidak sempat untuk mengambil gambar kesemua haiwan tersebut.


Sebelum saya terlupa untuk menceritakan mengenai gambar yang di atas ini,lebih baik saya ceritakannys sekarang. Gambar ini diambil semasa kami ingin ke zoo haiwan. Tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan gambar yang menarik ketika diambil kerana lihatlah pemandangan yang indah itu. Ramai pelancong yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar disini. Saya juga mensarankan kepada pembaca yang membaca blog ini tidak melepaskan peluang juga.

Adakah selepas kalian melihat gambar ini kalian tahu betapa gementarnya saya dan takut untuk menaiki kapal tersebut. Tanpa kalian sangka,kapal itu boleh berpusing sebanyak 360 darjah. Apakah perasaan kalian? Saya dan rakan-rakan saya cuma mampu menaikinya sekali sahajw. Jika kita hanya melihat dan tidak ingin mencuba sesuatu yang agak mengerikan tidak akan menjadi sebuah pengalaman buat diri kita semua. Selepas menaiki kapal tersebut kami berasa lega sekali.

Inilah lokasi terakhir yang saya ingin kongsikan bersama anda semua iaitu tempat masuk panggung wayang 5D. Dalam gambar ini saya hanya bersama Izzaty sahaja kerana Jazmeen sudah pulang ke rumahnya. Sedih sekali. Tetapi,kami hanya meneruskan sahaja walaupun tiada Jazmeen pada waktu ini. Sampai sini yang saya dapat kongsikan bersama anda.

Akhir sekali,melalui penulisan blog ini saya dapat melestarikan kebudayaan di sini untuk memberi kesan yang mendalam kepada para pembaca. Sebagai contoh,tempat pemandangan yang cantik dapat menarik minat pelancong untuk mengambil gambar kerana pemandangan di Sunway Lagoon tidak didapati di tempat lain.